Wiser.my

U Mobile & Qualcomm Bekerjasama, Sediakan Perkhidmatan Teleperubatan Untuk B40

U Mobile kini telah bekerjasama dengan Qualcomm yang mana mereka menyasar untuk membawa teknologi wayarles kepada komuniti yang memerlukannya.

Melalui kerjasama itu juga, U Mobile akan menggunakan dana yang diperoleh daripada Qualcomm untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan jarak jauh kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah atau komuniti B40.

Oleh itu, mereka turut bekerjasama dengan DoctorOnCall, sebuah platform penjagaan kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk melaksanakan perkhidmatan teleperubatan yang menyasarkan pesakit diabetes dan hipertensi melalui program penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai SIHAT (Sistem Integrasi Kehidupan Antara Teknologi) selama 2 tahun.

Ini bukanlah kali pertama U Mobile bekerjasam dengan DoctorOnCall kerana pada tahun 2020, mereka pernah besama menguruskan kes kegunaan 5G untuk konsultasi pengamal perubatan am swasta (GP).

Dengan rangkaian 5G yang akan diperluaskan di Malaysia, U Mobile akan terus melakukan lebih banyak inisiatif agar dapat memanfaatkan 5G kepada semua.